Wednesday, September 22, 2010

PAMP Suisse gold bar

PAMP ini adalah singkatan bagi (Produits Artistiques Métaux Précieux) (artistic, precious metals products).

PAMP yang berpengkalan di Switzerland merupakan salah sebuah syarikat yang terkemuka dunia dalam menulenkan logam berharga dan mengeluarkan produk-produk daripada logam-logam berharga seperti perak, emas, platinum dan palladium.

Laman web syarikat ini ialah http://pamp.com/main.htm

Emas keluaran PAMP ini diiktiraf mutu, kualiti dan ketulenannya di seluruh dunia. Maklumlah, made is Swiss. Cuba search dalam google berkenaan PAMP Suisse gold dan anda akan dapati banyak gambar-gambar emas keluaran PAMP. Gold bar PAMP senang dijual beli di mana-mana negara di seluruh dunia. Kesemua gold bar PAMP mempunyai nombor siri dan juga sijil ketulenan (Assay certificate).

Kebaikan:

1. Emas PAMP Suisse terkenal di seluruh dunia. Boleh dijual beli di seluruh dunia.
2. Ada sijil ketulenan dan nombor siri
3. Kualiti emas 24K, 999.9




*Emas nie sesuai untuk buat pelaburan dengan cara beli dan simpan. kalau boleh 3 tahun ke atas. kalau boleh simpan lebih 10 tahun, lebih baik atau lama lagi....kalau nak lebih untung lagi...:)