Sunday, October 31, 2010

SAYA KELIRU NAK BELI KERETA KER NAK BELI EMAS.......

Untuk kali ini, saya ingin berikan pendedahan yang amat penting kepada anda, sebenarnya ramai yang tidak sedar mengapa perlu kita sandarkan setiap perbelanjaan kita dengan emas.

Umum mengetahui bahawa wang kertas yang ada pada kita sebenarnya tiada nilai, tetapi ianya jadi bernilai apabila disandarkan kepada rizab simpanan emas.

Tetapi, apabila wang kertas yang dicetak melebihi nilai rizab simpanan emas, maka lebihan cetakan itu yang dipanggil "Fiat Money". Ianya hanyalah sehelai kertas yang dicetak dengan nilai muka diatasnya, tanpa ada emas yang menjadi sandarannya.

Justeru, bagi menambah nilai kepada wang fiat yang kita miliki, maka sandarkanlah ia dengan emas.


Caranya?

Beli emas, cagarkan di Ar-Rahnu, kemudian tunai yang anda dapat hasil cagaran itu tadi baru boleh anda belanjakan. Itulah teknik kita untuk menambah nilai kepada wang fiat yang tiada nilai tadi.

Maka saya sangat tidak setuju jika ada sesetengah individu yang mengatakan bahawa memajakkan emas adalah merugikan!! Sedangkan ianya adalah sandaran kepada wang tunai anda.

Contoh :

Seorang rakan saya mempunyai tunai sebanyak RM100k dan beliau ingin membuat pinjaman bank untuk membeli sebuah kereta baru yang berharga RM 70k.

Saya memberi pandangan kepada beliau, jika beliau membuat pinjaman tidak sihat untuk membeli sesuatu yang susut nilai bahkan akan menjadi liabiliti disebabkan kos2 sampingan termasuk maitanance, ianya adalah satu tindakan yang kurang bijak, sedangkan beliau mempunyai tunai yang banyak.

Justeru, saya menyarankan beliau agar menyandarkan belian sesuatu yang susut nilai kepada sesuatu yang meningkat nilainya, agar beliau tidak mengalami kerugian!!

Saya mencadangkan agar RM 100,000 tersebut dibelikan emas, pajakkan dan dapat RM 70,000 tunai dan bayar kereta tersebut secara tunai.


Ambil kira kenaikan purata tahunan emas sebanyak 25%, selepas 3 tahun kenaikan nilai emasnya adalah sebanyak 75%. Bermakna nilai emasnya ketika itu telah menjadi RM 175,000.00.

Pada ketika itu, beliau boleh menjual emasnya dan menebusnya dari Ar-Rahnu.

Perkiraan mudahnya ialah :
RM 175,000.00 (Hasil Jualan Emas) - RM 70,000.00 (Pinjaman Ar-Rahnu) = RM 105,000.00

RM 105,000.00 - RM 21,600.00 (Upah simpan 3 tahun) = RM 83,400.00 (Untung dlm tgn)

Nah, dalam hanya 3 tahun, beliau telah mendapat semula RM 83,400.00.

RM 100,000.00 (Modal asal ) - RM 83,400.00 (Untung dlm tgn) = RM 16,600.00

Ini bermakna beliau telah membeli sebuah kereta yang berharga RM 70,000.00 dengan hanya membayar RM 16,600.00!!

Dan upah simpan yang beliau bayar hanyalah kira2 RM 600.00 sebulan, sedangkan jika beliau membuat pinjaman bank sebanyak RM 70,000.00 untuk membeli kereta, sudah pasti bayarannya mencecah hampir RM 1,000.00 selama 9 tahun!!

Anda nampak betapa mudahnya jika kita tahu bagaimana untuk memanipulasikan kewangan melalui pelaburan emas kan? justeru jangan bazirkan setiap sen wang anda.

Sentiasa sandarkan dengan emas, emas dan emas!!!

Jadi jangan takut untuk membeli emas, tak perlu tunggu harga turun, jika anda beli ketika harga tinggi, lebih tinggi tunai yang anda akan perolehi hasil pajakan Ar-Rahnu!!

Konsep pelaburan emas ini sangat subjektif dan mudah untuk dimanipulasikan, yang penting anda tahu cara pengurusannya.

Ini hanyalah secebis ilmu berharga yang saya kongsikan, masih banyak lagi yang tersimpan dalam kepala saya, dan saya bersedia untuk berkongsi dengan anda pada bila-bila masa!!

Anda tak perlu bayar untuk ilmu yang tak ternilai harganya ini, cukuplah jika anda memahami konsep ini dan bertindak sekarang untuk mengelakkan kerugian demi kerugian dengan cara menghubungi saya di 0193557072 dan beli emas sebanyak mungkin!! : )

Membeli Emas = Menginsurankan & Meningkatkan Nilai Wang

Di Agro Bank, anda boleh sambung pajakan 6 bulan + 6 bulan + 6 bulan, kemudian jika anda masih mahu meneruskan pajakan, Ar-Rahnu akan buat valuation semula dengan Nilai Marhun yang baru sehinggalah 18 bulan seterusnya, dan buat lagi valuation dan seterusnya.

Bermakna, jika kenaikan pada waktu itu 30%, anda akan mendapat lebihan tunai lagi!!

Jika selepas 18 bulan Ar-Rahnu tidak lagi menerima pajakan, sudah tentu Ar-Rahnu sendiri akan kerugian!! 

Wednesday, October 27, 2010

Analisis Fundamental Mengatasi Analisis Teknikal

Pada hari ini, di awal dagangan komoditi emas, berikutan keputusan perbincangan G20 yg memberikan impak negatif keatas dollar, harga emas telah meningkat dengan mendadak mencecah paras $1350.30 per oz.


Sentimen pasaran yang menunjukkan kebimbangan terhadap kejatuhan nilai dollar ini juga disokong oleh analisis teknikal pasaran yang menunjukkan bahawa Market Correction telah sampai ke penghujungnya.


Walaubagaimanapun, data anggaran nilai pasaran dalam sektor perumahan di U.S yang baru dikeluarkan sebentar tadi telah menunjukkan berlakunya kenaikan berbanding nilai pada bulan sebelumnya.


Lantaran itu, ianya telah memberikan impak positif kepada nilai dollar sekaligus menyebabkan berlakunya sedikit penurunan keatas harga komoditi ini.


Dari segi analisis teknikal, harga emas pada malam ini telah membuat retest pada strong Resistance level namun gagal melepasinya dan kini ianya sedang menuju ke strong Support level.


Beli lah emas sekarang call me noww.......

Wednesday, October 20, 2010

Beli emas sekarangggggggggg

Market Correction Really Happen!! !!!
Inilah masenye nak double kan keuntungan anda!!

Graf menunjukkan price market correction sdg berlaku
Market correction benar2 berlaku!! Sgt bertuah jika anda dpt menguasai Teknikal Analisis + Fundamental Analisis, anda dapat menjangka sebarang kenaikan dan penurunan dgn lebih awal.

Gadaikan emas yang anda miliki dan buat pembelian baru JIKA anda tidak mempunyai modal untuk membeli emas dgn berlaku penurunan harga sekarang.............

Insya allah Anda akan mendapat keuntungan dalam masa 1 tahun.......
Cepat call me now utk oder.........

Saturday, October 16, 2010

Menarik today mesti baca: Tip dan teknik pelaburan emas...

Ramai org dan kawan-kawan bertanya kpd saya, bagaimana hendak memulakan langkah pertama di dlm perniagaan emas ni....

Dgn selambernya saya mnjwb, beli la emas!!

Ya! mmg itulah permulaan kpd segala2nya...saya sndiri bermula dgn membeli seketul emas 30g, dan kini mencecah lebih kurang 300g dalam masa 3 minggu dengan teknik menjual, membeli dan memajak emas tersebut di Ar-Rahnu.

Tp itulah hakikatnye..pelaburan emas berbeza dgn pelaburan2 dlm Bond, Blue Chip dan Instrumen2 lain...Pelaburan emas memerlukan anda beli dulu, kemudian "Hold", atau istilahnya "Pegang" dan nantikan utk langkah seterusnya.

Ape langkah seterusnya?

1. Kongsi peluang pelaburan emas dgn rakan - Di sini apabila berlaku kenaikan harga emas, anda dah boleh   jual pd mereka dgn harga jual spt yg tertera di blog ini! bermakna anda dh untung retail price!!


2. Jika harga emas turun - Pajakkan emas tersebut di Ar-Rahnu, anda akn dpt 70% tunai!! upah simpan hanya 0.6% sebulan!! Slps itu apabila harga akn naik, beli lg emas utk kali kedua ketika harganya rendah. Bila harga naik melebihi harga emas yg anda beli mula2 td, jual emas tersebut, ambik keuntungannya, dan modal asal tebus semula emas yg pertama di Ar-Rahnu!! dan terus ulangi langkah 1 dan 2!!


3. Beli dan simpan je... setahun sekali tgk prestasi kenaikan harga emas!! pasti ada kenaikan, lebih2 lg menjelang Tahun Baru Cina!!


Nah, senang bukan?? ini hanya langkah asas, utk langkah yg lebih "Advance" ttg bagaimana utk generate aset pelaburan sehingga 5-6 kali ganda dari modal asal anda, sila teruskan setia di blog ini!!


Seperkara lg, tiada waktu yg spesifik digalakkan utk membeli emas, krn bila2 masa shj anda boleh membeli emas.

Sebab....??  Kalau harga naik anda untung, kalu harga turun anda 2 kali untung!!!

Thursday, October 14, 2010

Tempoh 19 hari Harga emas terus naik ke RM160segram

Harga Terbaru Emas Malaysia Updated 12 Okt 2010

999 Gold : RM160.00/gm 
916 Gold : RM151.00/gm 
835 Gold : RM139.00/gm 
750 Gold : RM126.00/gm 
375 Gold : RM68.00/gm 



Harga Emas pada 24 September 2010
Malaysian Current Gold Price

999 Gold:RM154.00/gm
916 Gold:RM146.00/gm
835 Gold:RM134.00/gm
750 Gold:RM121.00/gm
375 Gold:RM65.00/gm



kenaikan drastik dlm tempoh 19 hari sahaja......


sebelum raya RM 154 segram, skrg ni dah RM 160 segram!!!!


Jangan tangguh lagi....tak rugi beli emas....Jadikan separuh simpanan anda kepada 

bentuk dinar emas or jokong emas.


Sumber : Persatuan Emas Malaysia

Tuesday, October 12, 2010

Harga Emas semakin naik diluar jangkaan


Pendakian emas telah melepasi harga $1350 per oz dlm tempoh seminggu berbanding ramalan sblmnya yg menjangkakan perjalanan ke paras itu mengambil masa 3 minggu. Paras tertinggi ketika ini ialah $1363.99 per oz!!


07 Oktober 2010

Alhamdulillah, analisis teknikal pd minggu lps telah berlaku dlm tempoh yg lebih singkat berbanding tempoh yg dijangkakan. Berdasarkan analisis pd mggu lps, sy menjangkakan bahawa kenaikan harga emas ke paras $1350 per oz akn mengambil masa kira2 3 minggu lg, tetapi amat menakjubkan yg harga komoditi ini bkn shj telah sampai ke paras itu dlm tempoh seminggu, bahkan telah melepasinya!!

Ini menunjukkan bahawa peningkatan permintaan terhadap komoditi ini telah meningkat sebanyak 2 kali ganda di sepanjang minggu ini berbanding jangkaan. Sy meramalkan kenaikan berterusan sehinggalah ke tarikh 2-3 Nov iaitu tarikh mesyuarat Penggubalan Polisi Baru.
Para pengguna bertindak mengambil langkah selamat bg melindungi aset pelaburan dan wang tunai mereka dgn membeli komoditi emas sementara menantikan keputusan Mesyuarat Penggubalan Polisi berlangsung. 

Mesyuarat Penggubalan Polisi Baru (jika di Malaysia dipanggil Mesyuarat Kabinet) ini bakal membincangkan langkah2 yg akan diambil oleh Kerajaan Persekutuan Amerika bagi memulihkan kembali keadaan ekonomi Amerika Syarikat.

Perkara yg sgt membimbangkan sehingga mendorong para pengguna dan pelabur membeli emas ialah wujudnya kebarangkalian yg Kerajaan Persekutuan akan mencetak wang kertas dgn lebih byk lg bagi memacu kembali pertumbuhan ekonomi semasa.


Kesimpulannya beli emas skrg......

Monday, October 11, 2010

Harga Emas Terus Meningkat Pada Jun hingga September 2011


Goldman Sachs Group Inc. meramalkan ekonomi Amerika akan bertambah tenat pada 6-9 bulan yg akan dtg.

Ketua Analisis Jan Hatzius berkata,

"Kami melihat fenomena ini dlm 2 keadaan, Fenomena pertama ialah kadar pertumbuhan ekonomi di U.S sehingga pertengahan tahun hadapan hanya sekitar 1 1/2 - 2% sahaja, manakala kadar pengangguran meningkat secara sederhana tetapi bakal mencecah sehingga 10%.

Fenomena kedua dan yg terburuk sekali ialah ekonomi amerika bakal mengalami kemelesetan yg teruk"

Apa Interpretasi yg dpt kita simpulkan daripada kenyataan di atas?

1- Kadar pertumbuhan ekonomi yg perlahan dan kadar pengangguran yg meningkat menunjukkan bahawa ekonomi sesebuah negara sedang mengalami kemelesetan ekonomi.

2- Kemelesetan ekonomi pula bakal menyebabkan para pelabur saham menjual kesemua saham dan beralih kpd komoditi emas.

3- Kemelesetan juga menimbulkan kebimbangan kpd para pengguna ttg peningkatan inflasi. Bagi melindungi penyusutan nilai wang simpanan mereka akibat inflasi, mereka akn berebut2 utk membeli emas dan sekaligus melonjakkan permintaan ke atas komoditi ini.

4- Permintaan yg tinggi, akan menyebabkan kenaikan harga emas yg lbih tinggi.

5- Berita seperti diatas juga bakal mempengaruhi sentimen pasaran emas, dan membuatkan para pengguna di seluruh dunia mengambil kesempatan diatas kemelesetan di U.S utk membeli komoditi emas bagi meraih keuntungan pelaburan jangkamasa sederhana dan panjang.
Kesimpulan ?


Belilah emas sebanyak2nya, dan jgn simpan tunai. Jika anda merasakan harga komoditi ini sudah cukup tinggi, maka jgnlah beli emas, simpanlah wang anda dan lihatlah saja harga emas yg semakin hari semakin meninggi.

Tetapi jika anda ingin menjadi seorg yg bijak dan keluar dari pemikiran yg konservatif, hubungi sy skrg utk melindungi nilai harta dan simpanan anda !!!

Friday, October 8, 2010

Today: Mengapa perlu simpan emas dari simpan duit kertas....????


Tahukah anda, bahawa kebanyakan dari kita beranggapan pelaburan di ASB adalah yang paling selamat, dipercayai dan amat menguntungkan.


Jadi, bila ada duit, semuanya kita laburkan di ASB. Dengan keuntungan dividen 8-10% pada setiap tahun, ianya memang LUMAYAN. Labur RM 10,000 dapat untung RM1000! memang untung..
Akan tetapi, jika saya beritahu anda bahawa ada pelaburan lain selain dari ASB yang lebih menguntungkan, anda percaya?


Pelaburan apa? Betul ke ada pelaburan yang lebih menguntungkan dan selamat seperti ASB?
Ya, ada! Iaitu melalui pelaburan EMAS. Sebenarnya pelaburan emas ini sudah wujud lama. Cuma kita saja yang tidak menyedarinya.
Tahukah anda bahawa dengan melabur melalui pelaburan emas, keuntungan yang boleh diperolehi adalah lebih TINGGI.


Bagaimana?
Tahukah anda bahawa harga emas sentiasa menaik dari tahun ke tahun. Sebagai contoh, dari tahun 2006 ke 2007, dicatatkan kenaikan harga emas adalah sebanyak 33.3%. Wah sangat tinggi bukan? Jika ASB sekalipun, keuntungan paling tinggi yang boleh anda perolehi adalah dalam 10% setahun.
Tetapi pelaburan emas mampu mencapai 2 kali ganda daripada itu. Oleh sebab itu anda perhatikan tokey-tokey emas semakin kaya. Inilah sebabnya!




Berdasarkan carta kenaikan harga emas dunia sebanyak 284% dalam masa 10 tahun.Ini bermakna dalam setahun kenaikan harga emas adalah 28.4%.So marilah kita sama-sama mengambil peluang meningkat taraf ekonomi melalui pelaburan emas.

Wednesday, October 6, 2010

Kenapa ragu-ragu membeli emas...?

Kebanyakn org jika ditanya adakah membeli emas merugikan? semua org akn mengatakan tidak! ttpi ramai yg takut utk mmbeli emas, dgn alasan takut aset mereka sukar utk dicairkan..


Sbnrnye, lbih mudah utk anda melindungi nilai aset dan kekayaan anda dgn cara membeli emas berbanding anda menyimpan secara tunai di bank... bkn itu shj, bahkan secara x lgsg anda akn menikmati keuntungn drpd kenaikan nilai emas setiap thn sekitar 15-30% !! ini adlh fakta !!

Sy beri anda cth sbg pembuka minda, sekiranya anda mempunyai wang sebyk RM 10k yg anda simpan di dlm bank pd hari ini, setahun akn dtg wang itu masih kekal RM 10k, itu masih ok...tp sgt malang krn wang RM 10k pd thn itu x dpt mmbeli brg yg sama nilai dgn RM 10k pd hari ini..

Mengapa ini berlaku? itulah yg dinamakan inflasi. .iaitu penyusutan nilai wang!! situasi akn berbeza jika RM 10k itu anda belikan emas yg sama nilainya, dan anda simpan sbg aset pelaburan CAIR...setahun akn dtg nilai emas itu akn meningkat 15-30%, secara tidak anda sedari, anda telah menjana keuntungan yg 3-4 kali ganda lbih tggi berbanding ASB...bahkan, dlm mase yg sama anda juga tlah melindungi nilai harta / simpanan tunai anda.

Mudah shj kan? ape yg pnting hanyalah tukar cara anda berfikir, keluarkan minda dan ekonomi anda dari dibelenggu oleh sistem kapitalis yg stiap hari memerah hasil penat lelah anda dgn kenaikan kadar inflasi saban hari...

Pd posting diatas sy highlight kan perkataan aset CAIR, kenape..? krn masih ramai di kalangn masyarakat kita yg menyangka sekiranya mereka membeli emas, harta / wang mereka akn mnjadi aset beku..sukar utk dicairkan krn perlu menunggu waktu yg lama utk menantikn kenaikan harga emas sblm ianya boleh dijual semula...ini adlh persepsi pd 20-30 thn yg lalu, sekiranya negara dan peradaban kita semakin maju, ttpi cara berfikir kita masih berada di takuk yg lama, maka kte akn trus ketinggalan di blkg....

Justeru, perlu kreatifkan minda dan cuba "berfikir di luar kotak", barulah anda akn dpt menikmati keselesaan hidup dan kebebasan kewangan..pd posting yg akn dtg, sy akn perincikan bagaimana caranya utk mengaut keuntungan ketika harga emas sedang menurun (Correction Price) dan bagaimana caranya menjadikn emas yg anda beli sbgai aset CAIR seterusnya menggandakan nilai aset anda....