Tuesday, October 12, 2010

Harga Emas semakin naik diluar jangkaan


Pendakian emas telah melepasi harga $1350 per oz dlm tempoh seminggu berbanding ramalan sblmnya yg menjangkakan perjalanan ke paras itu mengambil masa 3 minggu. Paras tertinggi ketika ini ialah $1363.99 per oz!!


07 Oktober 2010

Alhamdulillah, analisis teknikal pd minggu lps telah berlaku dlm tempoh yg lebih singkat berbanding tempoh yg dijangkakan. Berdasarkan analisis pd mggu lps, sy menjangkakan bahawa kenaikan harga emas ke paras $1350 per oz akn mengambil masa kira2 3 minggu lg, tetapi amat menakjubkan yg harga komoditi ini bkn shj telah sampai ke paras itu dlm tempoh seminggu, bahkan telah melepasinya!!

Ini menunjukkan bahawa peningkatan permintaan terhadap komoditi ini telah meningkat sebanyak 2 kali ganda di sepanjang minggu ini berbanding jangkaan. Sy meramalkan kenaikan berterusan sehinggalah ke tarikh 2-3 Nov iaitu tarikh mesyuarat Penggubalan Polisi Baru.
Para pengguna bertindak mengambil langkah selamat bg melindungi aset pelaburan dan wang tunai mereka dgn membeli komoditi emas sementara menantikan keputusan Mesyuarat Penggubalan Polisi berlangsung. 

Mesyuarat Penggubalan Polisi Baru (jika di Malaysia dipanggil Mesyuarat Kabinet) ini bakal membincangkan langkah2 yg akan diambil oleh Kerajaan Persekutuan Amerika bagi memulihkan kembali keadaan ekonomi Amerika Syarikat.

Perkara yg sgt membimbangkan sehingga mendorong para pengguna dan pelabur membeli emas ialah wujudnya kebarangkalian yg Kerajaan Persekutuan akan mencetak wang kertas dgn lebih byk lg bagi memacu kembali pertumbuhan ekonomi semasa.


Kesimpulannya beli emas skrg......