Monday, September 20, 2010

Simpanan Terbaik :PAMP Suisse gold bar

Untuk tujuan pelaburan, emas itu mestilah gold bar 24Karat @ emas 999.
Jangan beli barang kemas. Ini kerana barang kemas harganya lebih tinggi sebab pertukangan + keuntungan kedai.

..................................................................
Salah satu cara termudah membeli emas ialah dengan membeli di kedai emas yang berhampiran di tempat anda. Mudah kan?

Saya sendiri ada membeli emas dengan cara ini. Jadi saya ingin berkongsi tips bagaimana membeli emas di kedai emas.

Namun ada beberapa perkara penting yang perlu diambil kira sebelum anda membeli emas di kedai berkenaan.

1. Pertama sekali, disarankan anda membeli emas di kedai emas yang terkemuka contohnya Poh Kong, K.M Oli Mohamed dan Habib Jewel. Ini memudahkan anda untuk menjual kembali emas berkenaan pada masa depan.

2. Untuk tujuan pelaburan, emas itu mestilah gold bar 24Karat @ emas 999.
Jangan beli barang kemas. Ini kerana barang kemas harganya lebih tinggi sebab pertukangan + keuntungan kedai.

Contoh gold bar yang lain ialah PAPM Suisse (terkenal). Bukan semua kedai emas menjual gold bar. Kalau kedai emas tersebut tidak menjual gold bar, pergilah ke kedai emas lain.

Contoh gold bar terbaik: PAMP Suisse gold bar. Saya recommend gold bar ini untuk tujuan simpanan. BOLEH JUGA ODER DENGAN SAYA SAYA  BAGI HARGA MURAH DARI PASARAN.....INSYA ALLAH.

Kedai emas Poh Kong ada menjual gold bar keluaran mereka sendiri.
Namanya Bunga Raya gold bar.

3. Tanya kedai emas berkenaan samada mereka akan membeli balik emas tersebut dimasa hadapan. Biasanya kedai emas akan meminta anda untuk membawa balik resit jualan asal bila anda mahu menjual.

4. Tanya berapa jumlah potongan yang akan mereka tolak apabila anda menjual emas kembali. Biasanya potongan adalah lingkungan 10% ke 15%.

5. Tanya kedai berkenaan adakah ada tambahan potongan jika ketul emas berkenaan terguris atau bengkok.

6. Jika anda nak beli dengan kredit card, tanya berapa surcharge yang kena tambah, biasanya 2%

Bila anda sudah mendapat jawapan-jawapan ini, maka anda boleh membuat keputusan samada nak membeli di situ atau pergi ke kedai lain. ATAU ORDER DENGAN SAYA....