Negara China adalah pemegang US Dollar terbesar, sejak beberapa tahun terakhir ini mulai khuwatir akan menurunnya daya beli aset mereka yang berupa US Dollar tersebut. Atas dasar kebimbangan inilah China terus menukar pergantungannya dengan US Dollars, mereka kini aktif membeli mata wang negara lain selain AS, seperti Jepun, Thailand, Korea bahkan beberapa negara Latin.
Kerajaan China dan syarikat-syarikat negaranya juga mulai mengumpulkan aset fizikal (Aset Real) daripada menyimpan wang. Di antara yang mereka kumpulkan adalah emas, biji besi, gas, batubara dan sandaran kayu dari hutan-hutan di Guyana.
Apabila nilai US Dollar terus mengalami penurunan atau suatu masa nanti berlakunya kehilangan nilai US Dollar, maka Negara China lah yang paling siap menghadapinya.
Negara itu juga sudah mendorong dan memudahkan rakyatnya untuk menyimpan aset dalam bentuk emas. Paling tidak langkah China ini pasti menggembirakan rakyatnya kerana tahun kebelakangan ini rakyat China yang memindahkan tabungannya dari wang kepada emas mengalami keuntungan yang berlipat ganda.
Jadi simpanlah emas untuk masa depan Anda dan jadikanlah separuh simpanan anda dalam bentuk emas untuk mengelak dari susut nilai dan di telan inflasi.