Presiden Bank Dunia, Robert Zoellick, akhirnya bicara secara jujur tentang emas |
Di tengah perang mata wang muncul idea untuk menjadikan emas semula sebagai sandaran mata wang. Di tengah kepanikan dunia atas 'perang mata wang' dan kian rapuhnya sistem riba, perbankan dan wang kertas, Presiden Bank Dunia, Robert Zoellick, akhirnya bicara secara jujur tentang emas. Beliau pun bahkan mencadangkan kepada negara-negara G-20 agar kembali menggunakan emas sebagai sandaran nilai-nilai mata wang dunia.
Dalam perpustakaan, emas memang dikatakan sebagai mata wang kuno, tapi sampai saat ini pasaran pasaran masih menggunakan emas sebagai aset kewangan alternatif,' ujar Zoellick.
Dalam laporan di Financial Times, Zoellick mencadangkan supaya dibahaskan dalam Sidang Kemuncak G-20, di Seoul, Khamis dan Jumaat, minggu ini. Beliau berpendapat dunia memerlukan rejim baru untuk mewujudkan Bretton Wood II, menggantikan sistem mata wang tidak kukuh saat ini.
Dalam sistem baru ini, ia mencadangkan emas sebagai sandaran, dan melibatkan sejumlah mata wang kertas sekaligus, iaitu dolar AS, yuan, euro, yen, dan pound sterling. Semua mata wang ini boleh bergerak bebas, sebagai cadangan devisa, bukan cuma satu mata wang.
Beliau juga menyatakan G-20 boleh bekerjasama menggunakan semua kemudahan yang dimilikinya untuk membantu negara-negara membangun menghadapi aliran 'wang panas' yang di satu sisi mengukuhkan mata wang negara yang bersangkutan dengan cepat, tapi di sisi lain mencipta penggelembungan aset devisa secara segera, yang menurunkan eksport negara bersangkutan kerana membuat produk negara tersebut mahal di pasaran antarabangsa.
Dalam perang mata wang ini beberapa negara saling tuduh. AS dituduh membiarkan nilai dolar AS rendah, melalui dasar the Fed, sambil menekan China, untuk menaikkan nilai tukar yuan. Dengan demikian produk China akan kurang kompetitif di dunia.
Menteri Kewangan Jerman, Wolfgang Schaeuble, menyebut pihak AS sebagai 'ego dan tak mau peduli kepentingan orang lain.' Pertanyaannya adalah: akankah idea Zoellick menjadi kenyataan?
Oligarki/ Penguasa sektor perbankan antarabangsa yang mengendalikan sistem kewangan di seluruh dunia tentu akan menghadapi persoalan serius bila idea orang bayaran semacam Zoellick, dengan Bretton Wood II-nya itu, diterima. Oleh itu boleh dianggarkan gagasan itu hanya akan tersebar, dalam ruangan persidangan para pemimpin negara, yang juga hanya boneka para banker antarabangsa, G-20, di Seoul ini.
Maka, saatnyalah anda meenggunakan kebebasan yang Allah SWT berikan dalam memilih alat tukar. Pilih dan gunakan Dinar emas dan Dirham perak dalam transaksi sehari-hari. Tanpa menunggu, apalagi bergantung, keputusan dasar, yang dalam kenyataannya hanya bekerja demi kepentingan oligarki banker antarabangsa.
Renung2kan lah...semoga anda mendapat munafaat di pagi yg berbahagia ini. Salam Maah Hijrah Selamat Tahun Baru Islam 1432.