Monday, December 6, 2010

Selamat menyambut tahun baru Maal Hijrah 1432


Assalamualiakum semua...
Kepada peminat2 emas dan pelabur2 emas..semoga tahun yg akan datang ini boleh mendatangkan keuntungan yg byk kepada kita. Emas dan perak adalah matawang Islam yang telah di janjikan oleh Nabi kita Muhammad s.a.w. 

Sempena kedatangan tahun baru Hijrah 1432 ini juga mungkin anda mulakan azam sseperti menyimpan emas. Mungkin ini pelik bg anda jika yg tidak mengetahui rahsia2 yg ada pada emas

Ibn Khaldun, dalam kitabnya -Al-Muqaddimah telah menulis : 

“Al-Quran ada menyebutnya (dinar & dirham) dan menetapkan banyak hukum berkaitan dengannya, sebagai contoh zakat, nikah, dan hudud, dan sebagainya. Oleh itu, dalam al-Quran, ia perlu ada hakikat dan ukuran khusus untuk dibuat taksiran (dalam zakat, dan sebagainya) di mana hal ini perlu bersandar pada hukumnya, bukan pada yang bukan syarii (duit yang lain).” 

Ketahuilah bahawa sejak bemulanya Islam dan zaman sahabat serta pengikut, wujud ijmak yang mengatakan sepuluh dirham syariah setara dengan tujuh miskal (berat dinar) emas… Berat satu miskal emas ialah tujuh puluh dua biji barli, maka dirham yang merupakan tujuh per sepuluh daripadanya ialah lima puluh dua per lima biji. Ijmak telah menetapkan dengan jelas semua ukuran ini.” 

Jelas apa yang diterangkan oleh Ibnu Khaldun ialah dinar dan dirham ialah matawang Syarii. Ibnu Khaldun dengan jelas menyatakan bahawa kedua-dua matawang ini adalah matawang Syarii kerana kedua-dua matawang ini disebut dalam hukum-hukum berkaitan zakat;nikah dan hudud. Telah ada ijma’ ulama’ sejak bermulanya Islam. 

Pada zaman sahabat serta pengikutnya bahawa satu dinar itu ialah 1 mithqal. Pada hari ini bila dikira dengan timbangan gram ialah bersamaan 4.25gram. Timbangan berat dinar dan dirham itu dikenali sebagai Piawaian Saiyyidina Umar Al-Khattab r.a.

Kesimpulanya juga kepada anda yang belum lagi membeli, menyimpan, melabur emas atau dirham beli lah sekarang sebelum harga terus naik dan naik. 

Sekian saja untuk kali ini. Semoga anda semua mendapat munafaat darinya. 

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU ISLAM 1432 HIJRAH.
HIJRAH IALAH SESIAPA YANG SANGGUP MENINGGALKAN APA YANG DI LARANG OLEH ALLAH S.W.T

Call me now utk tempahan